Halal
berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh
Hukum Syarak.
Takrif
Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975
adalah seperti berikut:
- Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
1. Bukanlah
terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang
tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
2.
Tidaklah
mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
3.
Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak
bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
4.
Tidaklah
dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau
berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi
kehendak atau apa-apa benda yang dihukum
sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
TUJUAN
Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub produk halal;
1. Memacu
pertumbuhan ekonomi negara :
- Malaysia diiktiraf sebagai "hub halal dunia" pada tahun 2010.
- Meningkatkan pendapatan negara.
- Nilai pasaran global bagi produk halal Malaysia pada tahun 2010 = dianggarkan RM8 trillion setahun
2. Wujudnya
industri hiliran :
- Wujudnya sektor berasaskan ekonomi pemprosesan, pembungkusan dan pengedaran
- Contoh; Industri penternakan - daging lembu - burger, sosej, satay dan sebagainya.
- Sebagai pemacu ekonomi golongan masyarakat khasnya dan membantu kepelbagaian ekonomi halal Malaysia amnya.
3. Meningkatkan
taraf hidup :
- Memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan secara langsung kurangkan kadar pengangguran
- Kurangkan kadar kemiskinan & tingkatkan pendapatan isi rumah melalui keluaran produk halal walaupun dalam jumlah yang sedikit.
4. Mengurang
krisis bekalan makanan halal :
- Berupaya membekalkan makanan halal yang diperlukan
- Menjadi pembekal kepada negara bukan Islam seperti Jepun, China, Korea, Filipina, Hong Kong, UK dll.
5. Pemindahan
teknologi :
- Menggalakkan penglibatan pengusaha, peniaga dan pelabur antarabangsa
- Teknologi dari negara luar dibawa masuk
- Contoh : teknologi pembungkusan dan pemprosesan
6.
Halallan Toyyiban (Halal lagi baik)
- Halal dari segi sumber, cara
penyediaan, bahan dan kandungan produk halal.
- Mengutamakan kebersihan dan
kesucian daripada unsur subahat.
- Mendapat pengikitirafan JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
ISU HALAL HARAM MASA KINI
Pelbagai
isu mengenai penyelewengan sama ada logo halal, cara pembuatan dan percampuran
barangan yang tidak halal didedahkan dalam surat khabar. Ini menjadikan
kebimbangan terhadap masyarakat Islam yang mencari produk halal untuk kegunaan
seharian mereka.
Antara
isu yang timbul masa kini ialah seperti sebuah gerai yang bergerak di Desajay,
Kepong menjual daging babi salai yang dibungkus dalam plastik berlogo halal
JAKIM. Beberapa orang islam sudah terpedaya oleh logo dan membeli daging itu.
KESIMPULAN
Industri Halal berpotensi menjana ekonomi Negara,
meningkat KDNK(keluaran dalamnegara kasar), peluan pekerjaan baru, pengenalan
teknologi baru dan peluang Negara islam menguasai industri halal di dunia.
CONTOH PRODUK HALAL